Wednesday, April 13, 2011

Makanan Tradisional Melayu - Botok-Botok

Botok-botok adalah sejenis makanan tradisi orang Johor. Seperti juga telur pindang yang hanya boleh disediakan dengan baik oleh orang lama di Johor sahaja. Ianya berbungkus di dalam daun pisang dan apabila dibuka kita akan dapati beberapa potong ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus. Ikan yang selalu digunakan untuk masakan ini ialah ikan tenggiri atau ikan merah. Rempahnya yang istimewa khabarnya terdiri daripada berbagai- bagai herba termasuk beberapa jenis daun pokok bunga puding.

No comments:

Post a Comment